Sunday, August 31, 2008

PENGUMUMAN

Selamat datang ke blog xsmkuk.blogspot.com (Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta). Blog ini adalah blog khas buat bekas-bekas pelajar SMKUK untuk mereportkan/melaporkan segala aktiviti dan kejadian yang berlaku kepada X-student SMKUK untuk tatapan sesama ahli, bukan student dan seantero dunia. Terima kasih diucapkan kerana melawat blog ini! Blog Ini akan di "UPDATE" dari masa ke semasa bagi menceriakan lagi suasana. Sila beri pandangan yang bernas sekiranya terdapat penambahan dan kekurangan dari semua segi.

Sila gunakan Entry ini untuk rujukan dari semasa ke semasa.

Dengan ini admin terpaksa tutup shout box dan sila berpindah ke alamat di bawah.... Sekian terima kasih...

Sila Log in ke:

http://xsmkuk.friendhood.net/index.htm untuk anda daftarkan sebagai pengunjung.... Kami mengharapkan ramai2 mengunjunginya. Rapat2kan kembali hubungan yang sudah lama berkubur ini....


Photobucket
X-Student dari Tingkatan 5 tahun 1999 akan mengadakan perjumpaan@gathering pada 4 Syawal iaitu raya keempat bersamaah Hari Sabtu, lokasi akan diberitahu kelak....

Selamat berkomentar dan selamat kembalikan jalinan kasih yang pernah tercipta di SMKUK.

-Admin-

Kenangan (Photo)

Entry ini sengaja dibiarkan kerana tiada info mengenainya... Akan di 'update' kemudian sesudah terdapatnya sumber.

Adalah di alu-alukan kepada semua untuk memberikan sumber dan emelkan kepada nizam_5282@yahoo.com.

Terima kasih...

Photobucket Image Hosting

Soalan Lazim

Bagaimana menentukan entry tahun anda?

Soalan:

Kalau aku sekolah kat SMKUK ni sampai tingkatan 3 je boleh join tak?


Jawapan:

Tentulah boleh. Tentukan tahun korang selari dgn kawan-kawan korang yang belajar hingga tingkatan 5.

Maknanya kalau kawan korang yang belajar sama dengan korang di tingkatan 3 di tahun 1997, anjakkan 2 tahun ke hadapan sehingga tingkatan 5. Jadinya kawan korang tu berada di tingkatan 5 tahun 1999. Dan korang pun belajar di tingkatan 5 di tahun yang sama di sekolah lain.

Ataupun tetapkan di mentaliti korang yang korang di tingkatan 5 pada tahun berapa. Jadi korang masih lagi berada di entry yang sama. Asalkan korang bekas pelajar SMKUK.

p/s: Jangan salah tahun, nanti ada org tak kenal korang!



Soalan:
Kenapa aku tak boleh 'comment'?

Jawapan:
Sebaik-baiknya korang create satu akaun blogspot, dan lepas tu korang ke URL www.xsmkuk.blogspot dan 'comment' kat ruang yang di sediakan.



Ruang Cadangan

Entry ini di buka khas untuk sebarang cadangan. Sila gunakan ruang 'comment' untuk memberi cadangan untuk memperbaiki kelemahan blog ini.

Entry ini juga boleh digunakan untuk pengumumam perjumpaan anda... Sila nyatakan dengan lengkap tarikh, lokasi, kos dan sebagainya untuk pengumuman ini. Pihak admin akan sentiasa memantau dan mengupdate pengumuman anda itu di Entry "PENGUMUMAN"...

Sekian terima kasih.

Pengenalan Berkenaan SMKUK

Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta terletak kira-kira 2 kilometer dari Kem Pasukan Gerakan Am (PGA). Ini merupakan sebuah sekolah yang dapat menampung bilangan pelajar yang melebihi had daripada 2000 orang. Kebanyakan pelajar sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama. Antaranya ialah Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi.

Terdapat 8 buah blok bangunan yang telah didirikan sejak dahulu lagi di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta. Pada blok bangunan tersebut disediakan pejabat, bilik guru, bilik kaunseling, bilik pengawas, bilik komputer, makmal masakan dan makmal jahitan, koperasi, pusat sumber, dewan, bilik ibadah, bilik rawatan dan makmal sains. Terdapat juga kantin, surau, stor alatan sukan dan bilik tapak semaian yang disediakan berasingan daripada blok bangunan tersebut.

Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta mempunyai ramai kakitangan pendidik yang berkebolehan dalam semua bidang pelajaran. Kebanyakan kakitangan pendidik semuanya mempunyai kelulusan peringkat siswazah dan ada segelintir daripada mereka yang bukan berkelulusan siswazah. Setiap tahun pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta akan bertukar dan digantikan dengan pengetua dari sekolah lain. Sekiranya berlaku perubahan pengetua akan menyebabkan berlakunya masalah disiplin di kalangan para pelajar dan jalan penyelesaiannya ialah memperketatkan disiplin. Sekiranya para pelajar itu melanggar peraturan khas sekolah, mereka akan dikenakan tindakan tatatertib dan digantung sekolah atau terus dibuang sekolah jikalau disiplin mereka di tahap yang membimbangkan dan dikhuatiri akan menjatuhkan imej sekolah.

Selain itu, pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah untuk semua pelajarnya. Salah satunya ialah, sekolah ini telah mendirikan pondok bacaan untuk para pelajar supaya dapat menarik minat membaca di kalangan mereka . Selain itu, pihak sekolah telah menanam pokok-pokok renik yang berwarna-warni di sekeliling pondok bacaan supaya kelihatan lebih menarik dan sesuai dengan alam persekitaran untuk memudahkan pembelajaran sama ada secara perseorangan ataupun secara berkumpulan. Meja-meja dan kerusi-kerusi batu turut dibina di bawah pohon-pohon rendang untuk memudahkan pelajar berehat sambil mengulangkaji pelajaran ataupun berdiskusi sesama rakan.

Pelbagai aktiviti turut dijalankan untuk memenuhi minat para pelajar dan menambahkan pengetahuan di samping dalam bidang akademik. Antaranya ialah pelbagai jenis persatuan, kelab, pasukan beruniform. Aktiviti persatuan yang dianjurkan di sekolah seperti Bulan Sabit Merah, Pengakap, Renjer Puteri, Pandu Puteri, Kadet Polis, Kadet Pertahanan Awam, dan Pergerakan Puteri Islam.

Aktiviti persatuan ialah seperti Persatuan Kemahiran Hidup, Persatuan Matematik, Persatuan Sains, Persatuan Sejarah, Persatuan Geografi, Persatuan Agama Islam, Persatuan Bahasa dan Kebudayaan, dan Persatuan Bahasa Inggeris. Aktiviti dalam bahagian Kelab pula ialah seperti Kelab Kerjaya, Kelab SPBT, Kelab Pengguna, Kelab Seni Lukis dan Kreatif, Unit Kaunseling dan Pembimbing Rakan Sebaya serta Program Sihat Tanpa Aids Untuk Remaja (PROSTAR).

Selain Kelab untuk permainan juga turut ditubuhkan untuk semua pelajar seperti Kelab Catur, Kelab Ragbi, Kelab Bolasepak, Kelab Olahraga, Kelab Bola Jaring, Kelab Bola Tampar, Kelab Bola Baling dan sebagainya. Pelbagai kejuaraan juga telah dirangkul antaranya ialah seperti acara olahraga di mana salah seorang ahli Kelab Olahraga telah dipilih untuk mewakili negeri Perak pada Sukan Sukma dan ada juga yang berjaya keperingkat daerah. Bola Baling juga turut mempamerkan kejayaan cemerlang dalam sejarah sukan sekolah. Ini kerana ia merupakan acara yang paling banyak menyumbangkan nama sekolah di arena sukan tersebut. Permainan lain juga mampu untuk mempamerkan persembahan cemerlang sekiranya lebih berusaha dan lebih bergiat cergas.

Pelbagai jawatan juga telah dibentuk untuk semua para pelajar seperti jawatan untuk Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, dan Pengawas Koperasi Sekolah. Tetapi jawatan yang paling popular sudah tentulah Pengawas Sekolah. Selain itu, prestasi dalam bidang akademik juga turut memberangsangkan dari semasa ke semasa. Pelajar yang mendapat keputusan dalam peperiksaan P.M.R. dan S.P.M. juga turut cemerlang. Peratus kelulusan turut meningkat di dalam kedua-dua peperiksaan pada setiap tahun. Penyampaian hadiah akan diadakan pada setiap tahun untuk menggalakkan para pelajar meningkatakn tahap pembelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun hadiah hanya akan diberikan kepada pelajar terbaik sama ada mengikut aliran ataupun matapelajaran. Sijil-sijil penganugerahan juga akan diberikan kepada pelajar yang banyak memberikan sumbangan kepada pihak sekolah seperti Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, dan Pengawas Koperasi Sekolah.

Selain itu, pihak sekolah turut menganjurkan pelbagai program mingguan seperti Minggu Bahasa Melayu, Minggu Bahasa Inggeris, Minggu Matematik, Minggu Sejarah dan sebagainya. Dalam setiap program tersebut akan dijalankan pelbagai peraduan yang menguji minda dan boleh disertai oleh semua lapisan warga sekolah ini. Acara tahunan juga diadakan untuk memeriahkan program tahunan dan dapat disertai oleh para pelajar mahupun kakitangan pendidik. Antaranya ialah Sukan Karnivel, Sukan Tahunan, Jogathon, Hari Kantin, dan sebagainya. Acara ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan di antara para pelajar, ibu bapa, dan semua kakitangan pendidik. Derma Jogathon dijalankan pada setiap tahun sama ada untuk membantu para pelajar mahupun pihak sekolah. Semua pelajar dan kakitangan diwajibkan untuk mengumpul seberapa banyak wang derma Jogathon serta hadiah akan diberikan pada pelajar atau kakitangan sekolah yang berjaya mengumpul wang derma yang tertinggi.

Setiap bulan akan diadakan kerja amal iaitu gotong-royong di antara para pelajar, ibu bapa, dan kakitangan sekolah berserta dengan segerombolan anggota Polis Hutan dari kem yang berdekatan. Semua yang menyertai gotong-royong akan diedarkan dengan sebungkus makanan dan minuman setelah semuanya selesai. Oleh yang demikian, sikap bersatu-padu telah lama wujud di sekolah ini.

Setelah sekian lama, guru-guru yang telah berganti mahupun yang tidak diganti telah menjalankan tanggungjawab dan amanah masing-masing dengan begitu gigih dan berdedikasi serta proaktif dan produktif. Harapan sekolah pada masa akan datang ialah semoga sekolah ini akan lebih berjaya di masa akan datang dan maju dari pelbagai aspek sama ada akademik mahunpun ko- kurikulum.

Selamat Datang

Di mulakan dengan Alhamdulillah dengan kewujudan blog ini untuk mengetahui kisah2 kejayaan dan perkembangan yang kita tidak ketahui lamanya rakan-rakan kita yang terpisah istimewanya kepada bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta, Perak.

Selamat datang ke www.xsmkuk.blogspot untuk berdiskusi mengenai sahabat handai yang dekat mahupun jauh di perantauan ini. Sila gunakan ruang 'comment' untuk proses posting

Ruangan Komen Tingkatan 5-2007

Entry ini dibina khas untuk bekas-bekas pelajar tingkatan 5 tahun 2007. Ceritalah apa sahaja di ruang ini pada 'Comments'. Dan jangan lupa perkenalkan diri anda!